Komputer atau Laptop Mengeluarkan Bunyi Beep

biasanya laptop mengeluarkan bunyi beep, itu berhubungan dengan motherboard komputer/ laptop anda.

Terdapat beberapa jenis modul / model BIOS (basic input output system) pada motherboard anda. Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis model BIOS yang popular.

:: Pada Ami BIOS

  • 1. Bunyi BEEP hanya sekali sahaja.

Kemungkinan RAM (random access memory) mempunyai       masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.

  • 2. BEEP sebanyak enam kali

Kemungkinan keyboard / papan kekunci anda sudah rosak atau tidak dipasangkan dengan betul pada p/s2 port atau USB port.

  • 3. BEEP sebanyak lapan kali

Kemungkinan VGA (Video Graphics Array) kad atau pun graphic card anda mengalami masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.

  • 4. BEEP sebanyak 11 kali

Checksum Error iaitu melibatkan bateri CMOS anda pada motherboard. Anda boleh menukar bateri CMOS yang baru jika mengalami masalah ini.

:: Award BIOS

  • 1. Bunyi BEEP yang panjang

Memori anda mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.

  • 2. 1 BEEP panjang dan 2 BEEP pendek

VGA kad atau graphic kad mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.

  • 3. 1 BEEP panjang, 3 BEEP pendek

Kemungkinan keyboard anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul pada p/s2 port atau USB port.

  • 4. Bunyi BEEP yang berpanjangan (contiuouns BEEP)

RAM atau VGA kad anda tidak dipasang dengan betul.

:: Pheonix BIOS

  • 1. 1 BEEP, 1 BEEP dan 4 BEEP

Disebabkan BIOS anda tidak berfungsi. Boleh update atau flash BIOS.

  • 2. 1 BEEP, 2 BEEP dan 1 BEEP

Disebabkan motherboard anda yang sudah rosak.

  • 3. 1 BEEP, 3 BEEP dan 1 BEEP

RAM anda mungkin bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.

  • 4. 3 BEEP, 1 BEEP dan 1 BEEP

Adalah disebabkan masalah motherboard computer anda.

  • 5. 3 BEEP, 3 BEEP dan 4 BEEP

VGA kad atau graphic anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.